Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat terima 180 motosikal Scrambler perkasa Op Benteng

Tentera Darat terima 180 motosikal Scrambler perkasa Op Benteng

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini menerima sebanyak 180 buah motosikal Scrambler 250cc bagi kegunaan di kawasan operasi  bagi memperkasakan Op Benteng.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Motosikal Scrambler 250cc bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen, hari ini.

Motosikal Scrambler ini diterima dari Syarikat Kawasaki Motors Sdn Bhd.

Turut hadir  Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah.

“Penerimaan aset terbaharu ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD ke-28 iaitu ‘Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan’,

“Tonggak ini memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik,” kata Tentera Darat Malaysia di akaun media sosial rasminya.

Zamrose turut diberi taklimat berkenaan pengoperasian kenderaan tersebut dan dipertontonkan dengan demonstrasi oleh Tim Army Red Warrior. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

 

Related Articles

Leave a Reply