Home Semasa PKP di Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pulau Pinang dilanjutkan hingga 4 Mac

PKP di Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pulau Pinang dilanjutkan hingga 4 Mac

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 4 Mac 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.

Manakala, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di seluruh negeri Perlis berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac depan.

“KKM sudah membentangkan perkara ini menerusi sidang khas Majlis Keselamatan (MKN) dan membentangkan penilaian risiko COVID-19 di negara,

“Secara umumnya KKM memaklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0, trend kes import dan rentas negeri turut menurun bermula 3 Februari lalu,

“Bagaimanapun, kes kekal tinggi di beberapa negeri antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, oleh itu selepas membuat penilaian risiko dan perbincangan pelbagai agensi, sidang khas hari ini bersetuju mengekalkan PKP di negeri terbabit,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP, hari ini.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPB dan PKPP adalah sama seperti dilaksanakan terdahulu.

“MKN sudah mengeluarkan SOP dan aktiviti yang dibenarkan menerusi laman sesawang mereka,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!