Home Politik Pemimpin parti Pejuang berbaiah di hadapan al-Quran tolak sebarang rasuah – Mukhriz

Pemimpin parti Pejuang berbaiah di hadapan al-Quran tolak sebarang rasuah – Mukhriz

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menegaskan para pemimpin tertinggi parti Pejuang telah mengangkat sumpah di hadapan kitab suci al-Quran untuk berpegang teguh integriti perjuangan parti.

“Setiap daripada kami telah berbaiah di hadapan al-Quran untuk berpegang pada prinsip perjuangan parti dan menolak sebarang bentuk rasuah,

“Perkara ini pernah dilakukan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada satu ketika dahulu,” kata Mukhriz, Presiden Pejuang semasa sidang media secara maya.

Menurut beliau, perkara ini diamalkan pada peringkat pemimpin tertinggi parti dan mungkin akan diperluaskan ke barisan kepimpinan negeri.

“Namun begitu, kita tidak merancang untuk memperluaskan amalan ini ke peringkat keahlian biasa,” ujarnya.

Mukhriz turut mengakui bahawa langkah tersebut tidak memberikan jaminan 100 peratus.

“Sama ada ianya berkesan atau tidak, saya tidak boleh berikan sebarang jaminan,

“Sekiranya seseorang itu mempunyai kesedaran, mereka tidak akan tergamak untuk melanggar baiah atas nama Allah dan al-Quran,” jelas beliau.

Terdahulu, Mukhriz mengumumkan pelantikan baharu dalam Majlis Presiden Pejuang.

Bekas Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang.

Sayap Wanita Pejuang (Pejuanita) diketuai oleh aktivis badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan dan kemanusian, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Sementara itu, pendakwah bebas dan bekas Ahli panel Kajian Fatwa Jabatan Mufti Perlis, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin dilantik sebagai Ketua Pejuang Muda.

Nurul Ashikin Mabahwi, mantan Presiden Kelab Bunga Raya Jepun dan Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian dilantik menjadi Ketua Pejuanita Muda.

Dalam sidang media yang sama, Mukhriz memperkenalkan Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang.

Majlis Presiden

  1. Pengerusi – Tun Dr Mahathir Mohamad
  2. Presiden – Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir
  3. Timbalan Presiden – Senator Datuk Wira Marzuki Yahya
  4. Setiausaha Agung – Dato’ Wira Amiruddin Hamzah
  5. Bendahari Agung – Datuk Dr Sharuddin Md Salleh
  6. Ketua Penerangan – Ulya Aqamah Husamudin
  7. Ketua Pejuanita – Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
  8. Ketua Pejuang Muda – Dr Abu Hafiz Salleh Hudin
  9. Ketua Pejuanita Muda – Nurul Ashikin Mabahwi

 Jawatankuasa

  1. Ketua Biro Kebajikan – Abu bakar Yahya
  2. Ketua Biro Guaman – Mior Nor Haidir Suhaimi
  3. Ketua Biro Ekonomi – Armin Baniaz Pahamin
  4. Ketua Biro Perpaduan – Azman Mohd Hashim
  5. Ketua Biro NGO – Amir Khusyairi Mohamad Tanusi
  6. Datuk Seri Ruslin Hassan
  7. Dato’ Sazmi Miah
  8. Dato’ Nuhairi Rahmat
  9. Tariq Ismail
  10. Afiqah Mohammad
  11. Sallehuddin Amiruddin

“Mereka telah dipilih melalui satu proses yang rumit termasuk berbaiah di hadapan al-Quran bagi mengukuh integriti dan menjaga asas perjuangan parti,” kata Mukhriz.

Menyentuh pendaftaran parti, beliau menjelaskan pihaknya telah memenuhi keperluan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!