Home SemasaGlobal China haramkan kami kerana dedah penindasan Uighur – BBC

China haramkan kami kerana dedah penindasan Uighur – BBC

by M.Daim

LONDON, 13 Feb –BBC mengesahkan siaran televisyen mereka telah diharamkan oleh kerajaan China.

Menurutnya, negara Asia itu turut menolak permohonan lesen penyiaran BBC untuk tahun 2022.

“China telah mengkritik BBC kerana laporan COVID-19 dan penindasan terhadap kaum Uighur,

“Pihak kami amat kesal dengan keputusan kerajaan China,” kata BBC.

Tindakan oleh Beijing turut mendapat kritikan dari Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab.

“Keputusan China untuk mengharamkan BBC adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana menghalang kebebasan media,

“Langkah sebegini hanya merosakkan reputasi China di mata dunia,” kata Dominic di akaun Twitter rasminya.

Selain dikenakan sekatan di tanah besar China, siaran BBC turut dihentikan di Hong Kong.

Badan penguasa penyiaran China sebelum ini mengkritik laporan BBC sebagai berat sebelah dan memburukkan nama negara besar Asia itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!