Home Semasa 4,666 ditangkap langgar SOP di pusat hiburan

4,666 ditangkap langgar SOP di pusat hiburan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan pusat hiburan masih tidak dibenarkan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa

“Pusat hiburan seperti kelab malam, pub dan karaoke masih lagi dalam senarai yang tidak dibenarkan untuk beroperasi,

“Larangan ini telah lama berkuatkuasa semenjak perlaksanaan PKP pada 18 Mac tahun lalu,” katanya.

Beliau menambah, pelbagai serbuan dan tangkapan telah dilakukan oleh pasukan penguatkuasa.

“Sebanyak 951 premis pusat hiburan telah diserbu semenjak 18 Mac 2020 hingga 31 Januari 2021,

“Selain itu, 4,666 tangkapan dilakukan dan sebanyak RM 9,587 kompaun dikeluarkan,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply