Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Anggota Tentera Darat bantu isi Tabung Darah Hospital Raub

Anggota Tentera Darat bantu isi Tabung Darah Hospital Raub

by Air Times News Network

RAUB, 7 Feb – Kekurangan bekalan darah di Hospital Raub, Pahang ditampung dengan sumbangan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Puncak Emas, semalam.

Markas Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd Mek) berkata, seramai 65 pegawai dan anggota tentera telah tampil menderma darah yang di anjurkan oleh Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah bersama pihak Tabung Darah Hospital Raub.

“Dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, pihak Tabung Darah Hospital Raub amat memerlukan bantuan dan sokongan dari semua pihak dalam rangka usaha untuk meningkatkan bekalan darah yang semakin berkurangan,

“Program ini merupakan kolaborasi antara TDM bersama pihak hospital bagi membantu menampung bekalan darah Hospital Raub serta menyokong Pusat Darah Negara yang semakin berkurangan,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 505 AW, Leftenan Kolonel Datuk Dr Ir Thong Kok Sing dan Penolong Pegawai Memerintah  Batalion Ketiga, Rejimen 505 AW, Leftenan Kolonel Roslee Juma’at. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!