Home Semasa Polis Johor musnahkan bom Perang Dunia Kedua

Polis Johor musnahkan bom Perang Dunia Kedua

by Air Times News Network

MUAR, 5 Feb – Sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Kontinjen Johor dan Sub Unit UPB, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar telah menjalankan tindakan pemusnahan bom seberat 40 pound (Lbs) atau 18 kilogram di Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor Batu 13, Bakri, Muar hari ini.

Bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) jenis Aerial Bomb tersebut dipercayai digugurkan dari udara sewaktu Perang Dunia Kedua di antara tahun 1942 hingga 1945.

Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Polis Johor, tindakan pemusnahan telah dilakukan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik pada jam 10 pagi. Kerja-kerja pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kemalangan atau kerosakan harta benda.

Sehubungan itu, Polis Johor menggesa orang ramai yang menjumpai objek mencurigakan atau dipercayai bom agar terus melaporkan dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!