Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Op Benteng: KD MAHAWANGSA usir 8 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

Op Benteng: KD MAHAWANGSA usir 8 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya mengusir keluar 8 buah bot nelayan Indonesia menceroboh perairan negara di kedudukan kira-kira 30 batu nautika selatan Pulau Perak, pagi tadi.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, bot-bot tersebut dikesan oleh KD MAHAWANGSA yang sedang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) di perairan tersebut.

“KD Mahawangsa telah mengesan sebuah bot Indonesia yang pertama yang sedang bertambat di boya dalam perairan dan cuba beredar keluar setelah melihat kehadiran kapal TLDM,

“Seterusnya, KD Mahawangsa berjaya mengesan sebanyak 5 buah bot nelayan Indonesia yang bertambat di boya haram dalam radius 2 batu nautika dari pengesanan pertama pada jam 10.38 pagi dan TLDM mengambil tindakan mengusir kesemua bot tersebut keluar dari perairan negara,

“KD Mahawangsa turut berjaya mengesan 2 buah bot nelayan Indonesia pada jam 11.42 pagi dan mengusir segera bot nelayan tersebut,” menurut kenyataan itu.

TLDM turut menegaskan, pihaknya akan sentiasa memperkasakan Op Benteng melalui kerjasama pelbagai agensi Maritime Component Commander (MCC) di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Kehadiran pelbagai aset keselamatan di laut yang beroperasi 24 jam sehari adalah bagi mengekang kemasukan PATI dan mencegah penularan pandemik COVID-19,” tambahnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!