Home SemasaGlobal Sri Lanka ikrar tidak akan lepaskan semua penyerang bom pada Hari Easter 2019

Sri Lanka ikrar tidak akan lepaskan semua penyerang bom pada Hari Easter 2019

by Air Times News Network

COLOMBO, 4 Feb – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa hari ini mengesahkan telah menerima laporan akhir dari suruhanjaya siasatan mengenai serangan bom ke atas beberapa buah gereja dan tempat tumpuan pelancong sewaktu sambutan Hari Easter 2019.

Meskipun Rajapaksa tidak menerangkan secara terperinci mengenai laporan tersebut, namun menyatakan pihaknya sudah memberi arahan dan berjanji tidak akan membiarkan mereka yang bertanggungjawab serta telah mengorbankan lebih 260 orang itu terus bebas.

“Kami tidak akan membiarkan mereka yang bertanggungjawab merancang dan menyebabkan tragedi ini melarikan diri dari keadilan,

“Kami tidak akan membiarkan ekstremisme di negara ini mengangkat kepala lagi”, katanya dalam ucapan sempena Hari Kemerdekaan Sri Lanka ke-73 pada hari ini yang dilaporkan agensi berita AP.

Serangan yang disasarkan di enam lokasi melibatkan tiga gereja dan tiga hotel pada 21 April 2019 itu didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS). Walaubagaimana pun, ketegangan politik melibatkan kedua-dua mantan Presiden, Maithripala Sirisena dan Perdana Menteri ketika itu Ranil Wickremesinghe turut dipanggil suruhanjaya siasatan kerana dianggap sebagai punca berlakunya kelemahan keselamatan di Sri Lanka biarpun laporan perisikan sudah dikeluarkan mengenainya.

Sebelum ini, Colombo digemparkan dengan serangan bom yang mensasarkan gereja dan tempat tumpuan pelancong pada 21 April 2019 sewaktu penganut agama Kristian sedang menyambut perayaan Hari Easter. Serangan berkenaan berlaku setelah 10 tahun negara itu menikmati kedamaian apabila berakhirnya perang saudara melibatkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sejak 1970 an.

Terdahulu, Polis Sri Lanka mendedahkan beberapa individu telah disyaki terlibat dalam serangan bom tersebut. Mereka ialah pemimpin kumpulan militan tempatan iaitu Zahran Hashim, Ilham Ahmed Mohamed Ibrahim, Inshaf Ahmed dan Mohamed Azzam Mubarak Mohamed yang menyerang hotel Shangri-La, hotel Cinnamon Grand dan hotel Kingsbury. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!