Home Semasa COVID-19: Kerajaan ambil tindakan tegas individu langgar SOP – PM

COVID-19: Kerajaan ambil tindakan tegas individu langgar SOP – PM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=JbBMZXt2TBE[/embedyt]

 

Kuala Lumpur, 4 Feb – Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, satu Pasukan Petugas Khas Pemantauan dan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dianggotai oleh pelbagai agensi serta Kementerian telah ditubuhkan untuk memantau pematuhan SOP berkenaan.

Tambahnya, bagi pemantauan di premis-premis kilang dan bukan kilang di negara ini, sehingga 3 Februari 2021, Pasukan Petugas Khas dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membuat lawatan tinjauan di 2,276 premis di seluruh negara.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 197 premis telah diberikan teguran dan 34 diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,

“Pihak PDRM juga telah menengenakan kompaun ke atas 82,141 individu dan membuat 31,740 tangkapan atas pelbagai kesalahan,”katanya dalam penjelasan terkini mengenai pelaksanaan Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik COVID-19 yang disarkan secara langsung, hari ini.

Pada masa yang sama, Muhyiddin turut menyeru kepada pihak industri dan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!