Home Diskusi Eksklusif: Mekanisma semak dan imbang tidak terancam semasa perlaksanaan Darurat – Buzze Azam

Eksklusif: Mekanisma semak dan imbang tidak terancam semasa perlaksanaan Darurat – Buzze Azam

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=W6NTHtERQnw[/embedyt]

Salah satu perkara yang termaktub dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Januari lalu adalah persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri telah digantung serta merta.

Langkah ini sekaligus menimbulkan persoalan dan beberapa naratif yang menyatakan tiada sebarang mekanisme semak dan imbang bagi menjamin ketelusan pelaksanaan darurat.

Namun begitu, menurut Pakar Perlembagaan dan Peguam, Buzze Azam, isu ini tidak wujud kerana terdapat mekanisme yang menjamin ketelusan serta semak dan imbang sepanjang darurat dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan dibantu oleh Jawatankuasa Khas Bebas yang difahamkan akan disertai oleh Ahli Parlimen dari kedua-dua blok,” katanya.

Beliau menambah, rakyat Malaysia pada segenap peringkat perlu yakin dan percaya dengan budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menguruskan darurat.

“Baginda akan membuat keputusan berdasarkan syor AJK Bebas ini,” ujar beliau.

Sehingga artikel ini ditulis, AJK Bebas masih belum lagi terbentuk namun pihak kerajaan dan pembangkang telah menghantar senarai nama ahli parlimen masing-masing untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa Khas Bebas merupakan antara perkara yang termaktub dalam Ordinan Darurat yang dimasyhurkan awal Januari lalu.

Menurut Ordinan tersebut, ahli Jawatankuasa Khas Bebas adalah terdiri daripada mereka yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pada masa yang sama, badan ini berperanan untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang berpunca dari COVID-19.

Dalam ucapan Proklamasi Darurat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Jawatankuasa Bebas ini akan memberi syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan tempoh atau menamatkan darurat lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Darurat dijangka akan tamat 1 Ogos ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!