Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Latihan Perang Borneo uji ketangkasan, kesiagaan aset TLDM

Latihan Perang Borneo uji ketangkasan, kesiagaan aset TLDM

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 29 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Borneo 1/2021 di perairan Laut China Selatan, semalam.

Markas Pemerintahan Armada Timur menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, latihan pada tahun ini melibatkan KD Kedah, KD Keris, KD Pari dan KD Ganas.

Turut menyertai latihan kali ini adalah helikopter EC-725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Labuan.

“Latihan ini bertujuan untuk menguji ketangkasan dan kesiagaan aset-aset TLDM di bawah pemerintahan Armada Timur, selain turut menguji kecekapan warga dalam melaksanakan konsep peperangan, navigasi dan ilmu kelautan,

“Evolusi yang dilaksanakan meliputi pelbagai aspek seperti Melawan Kebakaran dan Mengawal Kebanjiran (MKMA) di atas kapal, latihan menembak serta latihan pemindahan semasa di laut,” katanya.

Turut serta dalam latihan ini adalah Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali dan Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Sazalee Shoib.

Menurut kenyataan itu, latihan ini tetap dilaksanakan dengan skala kecil, walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Latihan dilaksanakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengekalkan momentum anggota dan kebolehupayaan aset TLDM di Armada Timur,

“Selain itu, latihan ini menjadi pemangkin untuk menyediakan armada yang kompeten dan sentiasa bersedia tanpa mengira situasi aman mahupun ketika perang,” ujarnya. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

 

Related Articles

Leave a Reply