Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 16 RAMD sumbang bantuan keperluan makanan kepada veteran tentera

16 RAMD sumbang bantuan keperluan makanan kepada veteran tentera

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 28 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) menghulurkan sumbangan berbentuk bantuan makanan kepada 18 orang veteran tentera di sekitar negeri Kelantan, semalam.

Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, pasukan 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah mengambil inisiatif dengan menghulurkan sumbangan tersebut kepada veteran yang pernah berkhidmat dengan pasukan itu,

“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit beban veteran tentera khususnya yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,

“Sumbangan tersebut telah dihulurkan oleh ketua-ketua kompeni pasukan 16 RAMD,” katanya.

Menurut hantaran itu, pemberian sumbangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan pasukan dengan veteran tentera, selain dapat memberi motivasi kepada anggota yang masih berkhidmat. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!