KUALA LUMPUR, 27 Jan – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hari ini menegaskan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Operasi Benteng (Op Benteng) dan Operasi Penawar (Op Penawar) telah membuktikan tahap kesiagaan aset berada di tahap memuaskan.
“Ini dibuktikan dengan penglibatan aset-aset kita secara berterusan untuk melaksanakan tugas-tugas hakiki,
“Pelbagai aset turut diaturgerak untuk penugasan seperti Op Benteng dan Op Penawar tanpa henti”, kata Affendi dalam Perutusan Tahun Baru 2021, hari ini.
ATM melaksanakan penerbangan sokongan dan mengendalikan hospital di Sabah semasa negara dilanda wabak COVID-19.
Panglima Angkatan Tentera menambah, penglibatan sebegini telah mempertingkatkan hubungan antara rakyat dan ATM.
Selain itu, ianya turut meningkatkan kepercayaan pemegang taruh terhadap kredibiliti pasukan tentera. – airtimes.my