Home SemasaGlobal China pertingkatkan latihan ketenteraan di Laut China Selatan

China pertingkatkan latihan ketenteraan di Laut China Selatan

by Nor Azlan Mohd Nor

BEIJING – Tentera China akan mempertingkatkan latihan ketenteraan di Laut China Selatan minggu ini, hanya beberapa hari selepas Beijing mempertikaikan kemasukan kapal induk Amerika Syarikat ke perairan itu.

Melalui notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Maritim negara itu, ianya melarang sebarang aktiviti di perairan Teluk Tonkin di sebelah barat semenanjung Leizhou di barat daya China bermula 27 Januari hingga 30 Januari. Notis tersebut tidak menyebut jenis kapal latihan yang akan terlibat dalam latihan tersebut.

China juga mengatakan bahawa AS sering menghantar pesawat dan kapal tenteranya ke Laut China Selatan melalui laluan perdagangannya setiap tahun, dan ia mengatakan tindakan tersebut tidak kondusif untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Perairan tuntutan bertindih kini menjadi salah satu kawasan berisiko, isu ini secara tidak langsung menyebabkan hubungan antara Washington dan Beijing menjadi tegang.

Terdahulu, armada AS yang diketuai oleh kapal USS Theodore Roosevelt dikatakan telah memasuki Laut China Selatan pada hari Sabtu yang lalu, selepas beberapa hari perlantikan Joe Biden sebagai presiden. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!