Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 11 KAD uji kemahiran pemandu kendali kenderaan berat

11 KAD uji kemahiran pemandu kendali kenderaan berat

by Nurulhuda

MELAKA, 26 Jan – Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) telah melaksanakan Latihan Kompetensi Pemanduan Kenderaan Jenis Bravo (KJB) di Litar Terendak Off-Road Competency Circuit (TOCC), Melaka pada 22 hingga 24 Januari lalu.

Seramai 3 pegawai dan 24 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 11 KAD telah terlibat dengan latihan yang bertujuan untuk menguji serta mempertingkatkan kemahiran anggota pemandu semasa mengendalikan kenderaan berat seperti lori 3 tan.

Penolong Pegawai Memerintah 11 KAD, Mejar Nazrol Abdullah berkata, beberapa halangan diwujudkan sepanjang track off road tersebut bagi menguji kecekapan anggota dalam menghadapi situasi dan keadaan jalan yang berbeza semasa pemanduan.

TOCC ini merupakan cetusan idea daripada Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain pada 29 Disember 2020.

Menurut Nazrol, TOCC ini perlu dimanfaatkan oleh pasukan untuk melahirkan pemandu yang cekap serta mahir di dalam pemanduan KJB.

Beberapa halangan diwujudkan sepanjang track off road tersebut bagi menguji kecekapan anggota dalam menghadapi situasi dan keadaan jalan yang berbeza semasa pemanduan. Foto: BTDM

“Konsep latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal di litar yang mempunyai 11 halangan,

“Ia merangkumi peringkat halangan ringan, sederhana dan mencabar seperti halangan berlumpur (4WD/Towing), Uneven, Undulating Ground, Titi Kayu, Mendaki Bukit (winching) dan Lereng Bukit untuk melatih anggota bagi memahami sistem, komponen, operasi kenderaan serta teknik mengatasi halangan.

“Pasukan juga telah mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan latihan menggunakan Night Vision Goggle (NVG) disekitar Lapang Sasar Terendak di mana ia dapat meningkatkan lagi kemampuan pemanduan taktikal pemandu pada waktu malam,” katanya dalam media sosial, semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) turut menjelaskan, pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan Tonggak 1 Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Penekanan terhadap penambahbaikkan profesionalisme dan Teknikal melalui keberkesanan latihan individu. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!