Home Semasa Kompleks Penjara Taiping dikenakan PKPD bermula esok

Kompleks Penjara Taiping dikenakan PKPD bermula esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari sehingga 8 Februari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes positif secara mendadak di lokaliti tersebut.

Menurutnya, sehingga 23 Januari 2021, sebanyak 43 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 40 tahanan dan 3 kakitangan penjara.

“KKM hari ini telah melaporkan berkenaan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan,

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021,” katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ismail Sabri turut menjelaskan, pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!