Home Pertahanan dan Keselamatan Kapal LMS kedua, Sundang tiba di Kota Kinabalu

Kapal LMS kedua, Sundang tiba di Kota Kinabalu

by M.Daim

KOTA KINABALU, 24 Jan – Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) kedua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), SUNDANG telah tiba di Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Markas Pemerintahan Armada Timur, kapal tersebut disambut oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Sabri Zali serta barisan kepimpinan tertinggi.

“Kapal akan menjalani upacara pentauliahan pada Februari ini,” katanya.

Selain itu, kesemua 45 kru Sundang yang terdiri daripada 7 pegawai dan 38 anggota akan menjalani kuarantin kendiri.

“Mereka akan menjalani ujian saringan kesihatan dilaksanakan oleh pihak Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu,” jelasnya.

Sundang telah diserahkan kepada Malaysia pada 14 Januari lalu di Shanghai.

Kapal ini merupakan salah satu daripada 4 buah LMS yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada Pelan 15-to-5 TLDM.

Kontrak perolehan LMS ditandatangani pada 20 Mac 2017 semasa Pameran LIMA, 3 tahun selepas kontrak kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship) dimeterai.

LMS ketiga dan keempat dijangka akan diserahkan kepada Malaysia pada tahun ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!