Home SemasaGlobal Afrika Tengah isytihar darurat selama 15 hari

Afrika Tengah isytihar darurat selama 15 hari

by Air Times News Network

BANGUI, 22 Jan – Republik Afrika Tengah semalam telah mengisytiharkan darurat selama 15 hari di seluruh ibu kota Bangui bagi membanteras kumpulan pemberontak bersenjata yang menentang Presiden Faustin Archange Touadera.

Kumpulan pemberontak dipercayai penyokong mantan presiden Francois Bozize dilapor melancarkan serangan di jalan-jalan utama di Bangui yang menginginkan Presiden Faustin Archange Touadera meletak jawatan.

Jurucakap Presiden, Albert Yaloke yang dilaporkan Reuters berkata, perintah darurat ini dilaksanakan bagi memudahkan penangkapan dibuat dengan pantas oleh pihak tentera tanpa melalui pendakwa raya.

Terdahulu, mahkamah perlembagaan memutuskan Faustin Archange Touadera memenangi pilihanraya bagi penggal kedua dan menewaskan mantan presiden Bozize pada 27 Dis 2020.

Pendakwa dari Central Army Registry (CAR) melaksanakan penyelidikan terhadap mantan presiden yang dituduh merancang rampasan kuasa dengan bantuan kumpulan pemberontak bersenjata menjelang pilihan raya.

Namun dinafikan Bozize yang merampas kuasa pada tahun 2003 sebelum digulingkan pada tahun 2013. Sejak itu, Afrika Tengah berdepan konflik persaudaraan hingga kini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!