Home Semasa PKP di Wilayah Persekutuan, 6 negeri dilanjutkan hingga 4 Febuari

PKP di Wilayah Persekutuan, 6 negeri dilanjutkan hingga 4 Febuari

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Kerajaan memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap 7 negeri dilanjutkan hingga 4 Februari depan.

Tujuh negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perlanjutan PKP itu dibuat susulan perkembangan semasa dan trend peningkatan kes COVID-19 di negeri terbabit.

“Atas penilaian risiko dan nasihat KKM, Sidang Khas bersetuju untuk melanjutkan lagi PKP di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Johor, Kelantan dan Sabah sehingga 4 Februari 2021,

“Kita seragamkan dengan tarikh tamat PKP di negeri-negeri lain yang baru diumumkan PKP minggu lepas,

“Jadi kita tambah lagi supaya selepas ini tarikh tamat semua negeri diseluruh negara adalah sama kecuali Sarawak,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan PKP, hari ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!