Home SemasaGlobal Usaha bantuan dipertingkat setelah angka korban gempa Sulawesi ragut 81 nyawa

Usaha bantuan dipertingkat setelah angka korban gempa Sulawesi ragut 81 nyawa

by Nor Azlan Mohd Nor

MAMUJU, 18 Jan – Usaha memberi bantuan dipertingkatkan kepada ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal serta meragut sekurang-kurangnya 81 nyawa akibat gempa bumi di Pulau Sulawesi.

Sehingga kini lebih ramai penyelamat dan sukarelawan dikerahkan ke bandar Mamuju dan Majene di mana gempa bumi yang berukuran 6.2 skala richter melanda awal jumaat lalu, kata Raditya Jati, jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional.

“Seramai 70 orang mati di Mamuju dan 11 lagi di Majene,

“Sekurang-kurangnya 27,850 yang terselamat dan dipindahkan ke tempat perlindungan, hampir 800 orang tercedera manakala separuh daripada mereka yang tercedera masih mendapat rawatan kerana mengalami kecederaan serius.”

Raditya juga berkata sekurang-kurangnya 1,150 buah rumah di Majene musnah dan agensinya masih mengumpul data mengenai jumlah kerosakan rumah dan bangunan di Mamuju.

Agensi bencana itu juga mengatakan kebanyakan mangsa amat memerlukan keperluan asas seperti selimut, tikar, khemah, makanan bayi dan bekalan perubatan.

Menurut ketua agensi bencana, Doni Monardo, pihaknya masih berusaha keras untuk memisahkan kumpulan berisiko tinggi COVID-19, dan pasukannya juga telah mengedarkan puluhan ribu topeng anti-koronavirus di kawasan kem perlindungan.

“pihak berkuasa juga akan menubuhkan pos-pos kesihatan di setiap kem perlindungan untuk menguji dan mengesan mangsa yang positif COVID-19,

“di kawasan kem perlindungan dilihat ramai mangsa yang tidak memakai topeng anti koronovius, mereka sukar untuk mematuhi protokol kesihatan dalam keadaan darurat ini.”

Sulawesi Barat telah mencatatkan lebih dari 2,500 kes jangkitan COVID-19, termasuk 58 kematian. Sehingga kini kes COVID-19 di Indonesia dilaporkan mencecah hampir 908,000 kes dan 26,000 kematian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!