WASHINGTON, 18 Jan – Sebuah syarikat pengeluar kertas rokok dari Indonesia, PT Bukit Muria Jaya (BMJ) telah dikenakan denda sebanyak US$1,561,570 oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana menipu bank untuk melakukan transaksi dengan Korea Utara.
Pihak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam satu kenyataan pada Ahad lalu berkata, BMJ telah mengaku salah dan menerima hukuman denda tersebut.
“BMJ telah menipu bank di Amerika Syarikat untuk memproses bayaran transaksi penghantaran produk dan telah melanggar undang-undang sekatan terhadap Korea Utara,
“Mereka telah mencabar dan menipu sistem perbankan Amerika Syarikat demi meneruskan perniagaan dengan negara tersebut,” kata kenyataan itu.
Amerika Syarikat menyekat sebarang perniagaan dan transaksi dengan Korea Utara bagi menggelakkan pembiayaan kepada kerajaan Kim Jong-Un yang didakwa sedang giat membangunkan senjata pemusnah besar-besaran. – airtimes.my