Home SemasaGlobal COVID-19: 170 juta jangkitan, 5 juta kematian Mac ini – Pakar Kesihatan China

COVID-19: 170 juta jangkitan, 5 juta kematian Mac ini – Pakar Kesihatan China

by M.Daim

BEIJING, 17 Jan – Pasukan pakar perubatan dari China memberi amaran wabak COVID-19 pada tahun 2021 dijangka akan lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.

“Angka kematian akibat wabak itu di peringkat global mungkin akan mencecah kepada 5 juta orang pada Mac ini,” lapor South China Morning Post.

Laporan tersebut telah memetik kenyataan oleh pakar perubatan dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC), Tentera China dan insitut kajian perubatan awam yang melakukan pemerhatian serta kajian terhadap senario COVID-19 global.

Selain itu, angka kes jangkitan dijangka akan naik mendadak untuk tempoh yang sama.

Profesor Xu Jianguo dari CDC turut memberi bayangan bahawa jumlah jangkitan COVID-19 sebanyak 170 juta kes akan berlaku pada Mac ini.

Kebimbangan yang sama turut disuarakan oleh seorang pakar perubatan dari Institut Pasteur of Shanghai.

Menurutnya, jumlah kematian seramai 5 juta orang akan membawa kepada kehancuran sistem perubatan global.

“Kematian akan berlaku secara besar-besaran kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan rawatan asas di hospital,” kata pakar perubatan yang dipetik oleh SCMP. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!