Home Semasa COVID-19: Kes harian lebihi paras 4 ribu, KKM jangka akan berlaku peningkatan

COVID-19: Kes harian lebihi paras 4 ribu, KKM jangka akan berlaku peningkatan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 16 Jan – Malaysia sekali lagi memecahkan rekod kes harian COVID-19 iaitu 4,029 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, mereka menjangkakan kes akan terus meningkat dalam beberapa hari lagi.

“Kes dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari akan datang,

“Kes-kes ini adalah hasil aktiviti atau pergerakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan angka tertinggi adalah pada 14 Januari lalu iaitu 3,337 kes.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah 155,095 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!