BRASILIA, 15 Jun – Khidmat kesihatan pada sebuah negeri di utara Brazil, Amazonas, mengalami tekanan apabila kes jangkitan COVID-19 naik mendadak di kawasan itu.
Pusat khidmat kesihatan di Amazonas turut melaporkan mereka kekurangan bekalan oksigen untuk merawat pesakit.
Jessem Orellana, pakar dari institut saintifik Fiocruz-Amazonia menyatakan beberapa pusat perubatan di bandar Manaus telah kehabisan oksigen.
“Doktor terpaksa memilih pesakit untuk diselamatkan kerana hospital terlalu sesak dan bekalan oksigen belum tiba,” kata petugas kesihatan kepada AFP.
Gelombang pertama pandemik menyaksikan bandar Manaus menggunakan 30 ribu meter padu oksigen dalam masa sehari.
Namun, pihak pembekal oksigen, White Martins menjelaskan angka tersebut telah meningkat lebih 2 kali ganda di mana penggunaan telah mencecah 70 ribu meter padu sehari.
Brazil pada ketika ini sedang berhadapan dengan detik sukar berikutan penemuan varian baharu COVID-19.
Varian terbaharu itu dikesan di Tokyo pada 4 orang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Amazonas.
Varian yang mempunyai 12 mutasi ini dilaporkan berbeza dengan varian yang didapati pada Afrika Selatan dan United Kingdom. – airtimes.my