Home Politik Mempersoalkan darurat adalah penderhakaan kepada Agong – Buzze Azam

Mempersoalkan darurat adalah penderhakaan kepada Agong – Buzze Azam

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Aktivis peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menegaskan tindakan mana-mana pihak cuba mempersoalkan darurat yang diumumkan baru-baru ini adalah satu tindakan penderhakaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Sebarang cubaan mempersoalkan keputusan Agong dalam mengeluarkan proklamasi darurat adalah satu penderhakaan kepada Institusi Raja-raja,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pengisytiharan darurat pada 12 Januari lalu bermakna Agong telah berpuas hati bahawa wujud ancaman terhadap negara.

“Proklamasi Darurat menurut Perkara 150 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan boleh dikeluarkan oleh Agong dengan syarat Baginda telah berpuas hati bahawa telah berlaku ancaman keselamatan, gangguan ketenteraman awam dan kemelesetan kehidupan ekonomi rakyat serta negara,

“Baginda tidak mempunyai kewajipan untuk mengikut nasihat Perdana Menteri sebelum mengisytiharkan darurat,” ujarnya.

Khairul Azam atau lebih dikenali Buzze Azam berkata, keputusan Agong untuk mengisytiharkan darurat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Beliau turut mengutuk tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta para ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan proklamasi darurat untuk menulis surat kepada Agong bagi menarik balik pengisytiharan tersebut.

“Menurut Perkara 150 (8)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa hal berpuas hati Agong berkenaan adalah muktamad dan tidak boleh di cabar di mana-mana mahkamah atas apa jua alasan,

“Kalau Mahkamah pun tidak boleh menjadi medan mempersoalkan keputusan tersebut. Siapakah Anwar Ibrahim untuk menulis surat kepada Agong bagi meminta Baginda membatalkan suatu keputusan besar yang telah dimeterai dengan mohor Baginda?” soal Buzze Azam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!