Home Semasa Kelantan, Sibu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan

Kelantan, Sibu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengesahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperluaskan ke negeri Kelantan dan bahagian Sibu, Sarawak.

Menurut beliau, PKP dilaksanakan di Kelantan mulai 16 Januari sehingga 26 Januari 2021.

“Hampir kesemua (90 peratus) daerah di Kelantan menjadi zon merah. Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam komuniti,

“Semenjak 10 Januari lalu, purata peningkatan kes di Kelantan adalah 80 ke 100 kes dalam masa sehari,” jelasnya.

Sementara itu, bahagian Sibu di Sarawak dikenakan perintah yang sama berkuatkuasa mulai 16 Januari sehingga 29 Januari. Perintah ini melibatkan 3 daerah di bahagian itu iaitu Sibu, Selangau dan Kanowit.

Menurut Ismail Sabri, ini berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 terutamanya melibatkan Kluster Pasai. –  airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!