Home SemasaGlobal Amerika Syarikat senarai Xiaomi sebagai syarikat tentera komunis China

Amerika Syarikat senarai Xiaomi sebagai syarikat tentera komunis China

by M.Daim

WASHINGTON, 15 Jan – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (US DOD) telah menyenaraikan syarikat elektronik, Xiaomi Corporation bersama 8 syarikat lain sebagai entiti yang mempunyai kaitan dengan Tentera China.

“Senarai tersebut adalah merangkumi entiti dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan tentera China,

“Pihak kami telah menerbitkan senarai asal kepada Kongres pada Jun tahun lalu dan senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa,” kata US DOD dalam satu kenyataan.

Penambahan terbaharu itu sekaligus menjadikan jumlah entiti disenarai hitam oleh Amerika Syarikat bertambah kepada 44 buah syarikat.

Syarikat elektronik dan pengeluar telefon pintar, Huawei merupakan antara entiti yang tersenarai semenjak tahun lalu.

Menurut US DOD, senarai tersebut merangkumi syarikat, universiti, program kajian yang didakwa digunakan oleh Tentera China di Amerika Syarikat.

Syarikat yang disenarai hitam akan dihalang dari melakukan sebarang perniagaan di Amerika Syarikat. – airtimes.my

Berikut adalah senarai entiti yang disenarai hitam oleh US DOD sehingga 14 Januari 2021:

  1. Aero Engine Corporation of China
  2. Aviation Industry Corporation of China (AVIC)
  3. China Academy of Launch Vehicle Technology (CALT)
  4. China Aerospace Science and Industry Corporation (CASIC)
  5. China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC)
  6. China Communications Construction Company (CCCC)
  7. China Construction Technology Co. Ltd. (CCTC)
  8. China Electronics Corporation (CEC)
  9. China Electronics Technology Group Corporation (CETC)
  10. China General Nuclear Power Corp
  11. China International Engineering Consulting Corp. (CIECC)
  12. China Mobile Communications Group
  13. China National Chemical Corporation (ChemChina)
  14. China National Chemical Engineering Group Co., Ltd. (CNCEC)
  15. China National Nuclear Corp
  16. China National Offshore Oil Corp. (CNOOC)
  17. China North Industries Group Corporation (Norinco)
  18. China Nuclear Engineering & Construction Corporation (CNECC)
  19. China Railway Construction Corporation (CRCC)
  20. China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC)
  21. China South Industries Group (CSGC)
  22. China Spacesat
  23. China State Construction Group Co., Ltd.
  24. China State Shipbuilding Corporation (CSSC)
  25. China Telecommunication Corp
  26. China Three Gorges Corporation Limited
  27. China United Network Communications Group Co Ltd
  28. CRCC Corp
  29. Dawning Information Industry Co (SUGON)
  30. Hangzhou Hikvision Digital Technology Co., Ltd (Hikvision)
  31. Huawei
  32. Inspur Group
  33. Panda Electronics Group
  34. Semiconductor Manufacturing International Corp. (SMIC)
  35. Sinochem Group Co Ltd

 

Entiti terbaharu (disenaraikan pada 14 Januari 2021)

  1. Advanced Micro-Fabrication Equipment Inc (AMEC)
  2. Luokong Technology Corp (LKCO)
  3. Xiaomi Corp
  4. Beijing Zhongguancun Development Investment Center
  5. GOWIN Semiconductor Corp
  6. Grand Air China Air Co. Ltd (GCAC)
  7. Global Tone Communication Techonology Co Lt (GRCOM)
  8. China National Aviation Holding Co Ltd (CNAH)
  9. Commercial Aircraft Corporation China (COMAC)

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!