BUKIT KAYU HITAM, 15 Jan – Tentera Darat Malaysia hari ini telah menahan seramai 8 orang pendatang asing tanpa izin Myanmar yang memasuki negara.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam tadi di kawasan Op Benteng yang dikawal oleh Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged).
“Anggota tentera yang bertugas telah mengesan kehadiran beberapa orang yang cuba memasuki negara ni melalui pagar sempadan Malaysia-Thailand,
“Kesemua 8 lelaki terbabit telah ditahan dan didapati mereka merupakan PATI warga Myanmar,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, kesemua tahanan terbabit telah dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya. – airtimes.my