Home Semasa Ingkar arahan PKP: 252 dikompaun, seorang direman

Ingkar arahan PKP: 252 dikompaun, seorang direman

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan seramai 253 individu telah ditahan polis kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“252 orang telah dikompaun manakala 1 orang direman atas kesalahan ingkar arahan PKP,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, tidak memakai pelitup muka merupakan kesalahan yang paling banyak dicatatkan dengan 115 orang ditahan.

Antara kesalahan lain adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88 kes), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23), aktiviti pusat hiburan (16) dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (11). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!