Home Semasa Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera – Muhyiddin

Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera – Muhyiddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan darurat yang diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu rampasan kuasa tentera.

“Tiada sebarang perintah berkurung akan dikenakan. Kerajaan awam akan terus berfungsi,

“Dari segi pentadbiran, Jemaah Menteri dan Jentera Kerajaan Negeri akan berfungsi seperti biasa,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Muhyiddin menjelaskan Sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditangguh sepanjang tempoh darurat.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan proklamasi darurat berkuatkuasa hari ini sehingga 1 Ogos 2021– airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!