PUTRAJAYA, 12 Jan – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini menegaskan darurat yang diisytiharkan pada hari adalah berbeza dengan Darurat 1969.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, Proklamasi Darurat 1969 adalah disebabkan oleh ancaman keselamatan.
“Ancaman pada ketika itu menyebabkan pengawalan ketat oleh anggota keselamatan negara bagai menangani situasi tegang,
“Namun, darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada hari ini adalah untuk mengekang ancaman penularan wabak COVID-19 yang semakin serius,” ujarnya.
Menurut beliau, penularan wabak pandemik itu telah menggugat 3 asas utama yang termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Pendekatan ini akan menjamin kestabilan negara dan membolehkan kerajaan fokus kepada usaha memulihkan ekonomi serta kesejahteraan rakyat,
“Jentera pentadbiran negara tidak akan terkesan dengan proklamasi darurat pada hari ini,” jelas Zuki.
Beliau menambah, segala operasi dalam sektor awam dan swasta yang merangkumi ekonomi, industri serta rantaiannya akan berjalan seperti biasa.
“Sektor ini akan berfungsi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa,” ujar beliau.-airtimes.my