Home Semasa COVID-19: Pengumuman khas Perdana Menteri Isnin ini

COVID-19: Pengumuman khas Perdana Menteri Isnin ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Kerajaan sedang memperhalusi semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di dalam negara yang mencecah 4 angka sejak November tahun lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera untuk mengendalikan penularan wabak berkenaan.

“Kerajaan sentiasa memantau situasi semasa dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik mengawal penularan itu,

“Ini termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat dilaksanakan terutama membabitkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan sekali gus mengurangkan jangkitan COVID-19,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Beliau berkata, satu pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin ini bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kerajaan mendengar keluhan dan cadangan rakyat yang amat bimbang dengan peningkatan kes kebelakangan ini,

“Kerajaan juga sangat memahami beban tugas petugas kesihatan berikutan peningkatan kes mendadak apatah lagi beberapa negeri ketika ini sedang diuji bencana banjir,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun SOP menghadapi bencana banjir diperketatkan tetapi sudah pasti orang ramai tetap bimbang banjir akan menjadi penyebab peningkatan kes COVID-19.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri turut berharap agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Tegasnya, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik untuk mengawal penularannya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!