Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 21 RAMD bantu pindahkan mangsa banjir di Kelantan

21 RAMD bantu pindahkan mangsa banjir di Kelantan

by Nurulhuda

KELANTAN, 8 Jan – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) terus membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memindahkan mangsa banjir yang masih terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Pasukan Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) turut sama terlibat dalam membantu PBT bagi memindahkan mangsa banjir yang merekodkan peningkatan 1,514 orang berbanding tengah malam Khamis hanya 1,496 penduduk diselamatkan.

“Peningkatan mangsa banjir itu menyaksikan pembukaan 15 PPS di Pasir Mas, mulai pagi tadi susulan hujan lebat yang berterusan dan peningkatan paras air sungai utama,

“Beberapa bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir dan agensi terlibat seperti bantuan kepada staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memindahkan peralatan dan bantuan memindahkan mangsa banjir ke PPS terdekat,” menurutnya dalam hantaran di media sosial.

Pegawai Memerintah 21 RAMD, Leftenal Kolonal Norzaini Ismail turut membuat lawatan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas yang merupakan Pusat Kawalan Operasi Bencana bagi Jajahan Pasir Mas yang menyelaras serta mendapatkan info penempatan mangsa banjir terkini.

Sehingga hari ini, Kelantan telah merekodkan peningkatan jumlah mangsa kepada 5,250 orang dan telah ditempatkan di 72 PPS melibatkan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan terbaharu di Kota Bahru.

Di jajahan Pasir Mas, pekan Rantau Panjang masih lagi lumpuh ditenggelami banjir berikutan limpahan Sungai Golok yang melepasi paras bahaya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!