Home Semasa COVID-19 semakin meningkat, Malaysia catat 3,027 kes terbaharu

COVID-19 semakin meningkat, Malaysia catat 3,027 kes terbaharu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi sepanjang wabak itu melanda negara, iaitu 3,027 kes pada hari ini.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di Malaysia mencecah 128,465 kes jangkitan dan 25,221 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 jangkitan dilaporkan hari ini melibatkan kes import, manakala baki 3,021 adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, Johor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini dengan mencatatkan 1,103 kes kes, diikuti Selangor (706), Sabah (493), Kuala Lumpur (316) dan Pulau Pinang (111).

“Sebanyak 1,043 kes di Johor adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“63 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (35 kes), Kluster Damai Pelangi (16 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes), Kluster Tembok Choh (4 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), dan Kluster Pagar Siput (1 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, 8 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 521 kes kematian.

“Kes kematian melibatkan 4 pesakit lelaki dan 4 pesakit wanita yang berumur dalam lingkungan 38 hingga 83 tahun,

“Ia melibatkan kematian tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara,” tambahnya.

Dr Noor Hisham menjelaskan, terdapat 142 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, 2,145 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 102,723 kes keseluruhan pulih di Malaysia. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!