KUALA LUMPUR, 7 Jan – Seramai 195 daripada 393 individu ditahan semalam selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana terbabit dalam aktiviti pusat hiburan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 89 individu ditahan kerana didapati tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (70), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (36) dan lain-lain (3).
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 372 dikenakan kompaun manakala 21 direman.
“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan 48,336 pemeriksaan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP), semalam,
“Ianya melibatkan sebanyak 3,482 pemantauan di pasar raya, 4,684 di restoran serta 1,699 penjaja,
“Selain itu, 1,430 di kilang, 3,310 bank dan 716 pejabat kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Turut dipantau adalah terminal pengangkutan darat sebanyak 969, terminal pengangkutan air (216) dan terminal pengangkutan udara pula berjumlah 90 telah dicatatkan.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri menjelaskan, sebanyak 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong telah ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.
Katanya, operasi bersepadu itu juga telah merampas 2 kenderaan darat.
“Sebanyak 111 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam melibatkan Op Penawar iaitu ATM, PDRM dan RELA sebanyak 41 SJR,
“Manakala, Op Benteng PDRM sebanyak 61 SJR dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” tambahnya. – airtimes.my