Home Politik Ahli UMNO dicuri: PPBM tuntut Asyraf Wajdi mohon maaf, tarik balik tuduhan

Ahli UMNO dicuri: PPBM tuntut Asyraf Wajdi mohon maaf, tarik balik tuduhan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menuntut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memohon maaf dan menarik balik tuduhan bahawa parti itu mencuri dan membeli ahli UMNO dengan serta merta.

Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan di media sosialnya berkata, beliau memandang berat tuduhan itu dan PPBM mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Asyraf Wajdi atas dakwaan tersebut.

“Saya menuntut Asyraf memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta merta,

“Saya juga akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal ini,” tegasnya.

Menurut Wan Saiful, beliau dengan tegas menafikan tuduhan liar tanpa bukti yang dibuat oleh Asyraf.

“Tindakan Asyraf Wajdi menyebut “setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 sehingga RM5,000” tidak dapat diterima sama sekali,” ujarnya.

Sebelum itu, Asyraf Wajdi dalam hantaran di media sosialnya berkata, sejak bebarapa bulan ini, banyak sekali aduan dan kebimbingan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO akar umbi seluruh negara yang mendakwa PPBM sedang sibuk mencuri dan membeli ahli UMNO.

Beliau menegaskan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini berpendirian dan mendesak dihentikan segera sebarang usaha untuk bersaing mencuri dan membeli ahli antara satu sama lain jika masih ingin melihat kerjasama UMNO dan PPBM dalam kerajaan PN diteruskan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!