Home Semasa COVID-19: 1,594 kes baharu, 3 kematian direkod

COVID-19: 1,594 kes baharu, 3 kematian direkod

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,594 kes harian baharu COVID-19 dicatatkan di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes harian ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 106,690 kes.

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 20,643 kes,

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 3 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,591 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 697 kes, diikuti Kuala Lumpur (194) dan Johor (191).

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, hari ini bilangan kes sembuh adalah sebanyak 1,181 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 85,592 kes

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 3 kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 455 kes,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!