Home Semasa PKPD di Flat Desa Bistari ditamatkan

PKPD di Flat Desa Bistari ditamatkan

by Azura Daril

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Desa Bistasi ditamatkan pada hari ini lebih awal dari yang dijadualkan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah selesai melaksanakan saringan ke atas semua penduduk di lokaliti tersebut dan tiada lagi sampel menunggu keputusan,

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Flat Desa Bistasi, Batu Uban, Mukim 13, Timur Laut, Pulau Pinang pada hari ini, 26 Disember 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, KKM telah mengesahkan baki kes positif COVID-19 di lokaliti ini terkawal dan menunjukkan trend penurunan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!