Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 24 PATI cuba bolos lorong tikus

Tentera Darat cekup 24 PATI cuba bolos lorong tikus

by Nurul Aini

KOTA TINGGI, 21 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba memasuki ke negara dengan melalui lorong tikus dikawasan Operasi Benteng (Op Benteng) di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan berkata, penahanan tersebut adalah hasil maklumat daripada anggota petugas pos pemerhati yang mendapati sebuah bot merapati persisiran pantai Sungai Musoh pada jam 11.00 malam semalam.

“Pasukan bertindak menghubungi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) untuk membuat pemantauan di kawasan tersebut,

“Dalam masa yang sama Tim Quick Reaction Force (QRF) telah diaturgerakkan bagi membuat penjejakan dan mengepung sekitar kawasan yang telah dikenal pasti kemasukan PATI,

“Hasil serbuan pertama yang dilakukan oleh (QRF) berjaya menahan 23 PATI warga negara Indonesia pada jam 12.25 pagi,

Manakala, penahanan kedua pula berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai PATI berada berdekatan dengan lokasi serbuan pada jam 7.05 pagi hari ini.

“Keseluruhan tangkapan seramai 24 PATI yang terdiri daripada 17 lelaki dan 7 wanita berusia lingkungan sekitar 17 hingga 55 tahun,

“Kesemua PATI yang ditahan dipercayai baru tiba ke negara dengan melalui jalan yang tidak sah,” tambahnya.

Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM21,142.69 melibatkan wang tunai Malaysia berjumlah RM1,566.80, matawang Indonesia IDR 16,682,950.00 (RM4,677.00) serta beberapa matawang asing yang lain. Turut dirampas telefon pintar, barangan kemas serta jam tangan pelbagai jenama.

“Kesemua PATI telah ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani

pemeriksaan serta saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” tambahnya.

Markas 3 Div menjelaskan, pasukan QRF terus melaksanakan atur gerak untuk menjejaki saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!