Home Pertahanan dan Keselamatan ATM siap sedia hadapi banjir

ATM siap sedia hadapi banjir

by Jassmadi Jakariya

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=GcfOiAyq8MY[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap sedia untuk menggerakkan anggotanya bagi menjalankan misi bantuan ke kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Menurut Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM, amaran awal persiapan untuk membantu mangsa-mangsa banjir telah diberi kepada pasukan yang terlibat.

“ATM memang sentiasa bersedia dan menunggu untuk diaturgerakan bagi menghadapi banjir,

ATM memang sentiasa bersedia dan menunggu untuk diaturgerakan bagi menghadapi banjir – Panglima Angkatan Tentera. Foto: AirTimes/Jassmadi

“Saya telah memberi amaran awal kepada pasukan supaya dalam keadaan siap sedia menghadapi banjir yang akan berlaku pada bila-bila masa,” katanya selepas merasmikan pembubaran Op STARLIGHT-5 Cox’s Bazar Hospital Medan Malaysia di Wisma Perwira ATM, pada Jumaat.

Semalam, Tim Operasi STARLIGHT-5 Hospital Medan Malaysia Cox’s Bazar secara rasmi dibubarkan lebih awal berbanding tarikh yang dijadualkan pada Disember 2021.

Affendi berkata, penarikan balik tim Op STARLIGHT ke tanah air itu adalah bagi menampung tugas-tugas anggota ATM dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membendung penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Tim Op STARLIGHT-5 ini diketuai oleh Kolonel (Dr) Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar yang dianggotai seramai 56 orang terdiri dari 19 pegawai dan 36 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta seorang Jururawat Awam dari Kementerian Kesihatan.

“Tim Op STARLIGHT-5 telah diaturgerak ke Hospital Medan Malaysia Cox’s Bazar Bangladesh pada Febuari 20 dan  melaksanakan misi selama 6 bulan sehingga Ogos 20. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!