Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM tahan warga Indonesia seludup 450 burung murai

TLDM tahan warga Indonesia seludup 450 burung murai

by Nurul Aini

JOHOR BAHRU, 17 Dis – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya menghalang cubaan menyeludup 450 ekor burung murai dari Indonesia.

Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di kawasan perairan Teluk Ramunia, Johor.

“Kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) GEMPITA telah berjaya mematahkan cubaan penyeludupan sebuah bot Indonesia dengan muatan bekas berisi hidupan dipercayai burung murai awal pagi tadi,

“KD Gempita telah memperketatkan pemantauan di sekitar Teluk Ramunia setelah menerima maklumat dari Sistem Pengawasan Laut Maritim (SWASLA) yang mengesan satu kontak mencurigakan menuju ke perairan Teluk Ramunia,

“Sebuah bot mencurigakan telah dikesan pada pukul 11.32 malam dan diperiksa oleh TLDM,” kata kenyataan itu.

Pemeriksaan mendapati terdapat 45 bekas mengandungi muatan berisi burung murai.

Menurut TLDM, seorang tekong warga Indonesia dipercayai penyeludup telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah. Turut dirampas sebuah bot faiber dan sebuah enjin.

“Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan bernilai sebanyak RM180,409.00 yang melibatkan 450 ekor burung murai bernilai RM165,409.00, sebuah bot fiber bernilai RM5,000.00 dan enjin sangkut berjenama Yamaha bernilai RM10,000.00,” jelasnya.

Penyeludup telah diserahkan kepada Pasukan Polis Merin untuk tindakan lanjut.- Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!