Home SemasaGlobal Ireland Utara laksanakan perintah berkurung selepas Krismas

Ireland Utara laksanakan perintah berkurung selepas Krismas

by Jassmadi Jakariya

BELFAST, 17 Dis – Ireland Utara akan melaksanakan perintah berkurung di seluruh negeri itu 5 hari selepas menyambut Krismas.

Menurut Menteri Kesihatannya, Robin Swann, perintah berkurung perlu dilaksanakan setelah memberi kelonggaran semasa musim perayaan.

Menurut laporan Belfast Telegraph, Swann dijangka akan membentangkan cadangan tersebut kepada pihak eksekutif Ireland Utara.

“Berkemungkinan perintah ini akan dilanjutkan sehingga Januari tahun hadapan dan bakal memberi kesan kepada sektor perniagaan,” kata laporan itu.

Sehingga hari ini, negeri itu mencatatkan sebanyak 59,631 kes jangkitan COVID-19 dengan 1,143 orang disahkan maut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!