874
SELANGOR, 17 Dis – Kesemua 38 kawasan di Sabak Bernam yang terjejas dengan bekalan air berjadual sebelum ini dijangka pulih pada jam 2.00 pagi hari ini.
Pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, gangguan bekalan air yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap yang baharu serta masalah ini telah berjaya diatasi sepenuhnya.
“Terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual berlaku,
“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat melalui medium komunikasi rasmi Air Selangor seperti di Twitter, Facebook, dan Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com,” ujarnya. – airtimes.my