Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok tidak bercukai bernilai lebih RM225 ribu

Polis Marin rampas rokok tidak bercukai bernilai lebih RM225 ribu

by Pasri Asyraf

PULAU INDAH, 16 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang berjaya merampas rokok tidak bercukai bernilai RM225,555.20 di kawasan perindustrian Klang, Selangor, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bertindak hasil maklumat orang awam PPM Pelabuhan Klang menerusi Op Landai telah mengesan sebuah lori yang mencurigakan di kawasan perindustrian tersebut kira-kira jam 11 malam.

“Sepasukan PPM telah bergegas ke lokasi tersebut untuk melaksanakan pemeriksaan dan mendapati sebuah lori yang berwarna merah bercampur putih di kasawan gudang tersebut,

“Setelah sampai di kawasan tersebut, sepasukan PPM telah membuat intipan dan menunggu lebih dua jam untuk menahan pemandu lori tetapi tidak kelihatan,

“Hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut mendapati terdapat rokok yang tidak bercukai berjenama Texas 5 merah,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM.

Menurut Rosman, jumlah keseluruhan tangkapan dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang serta kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!