Home PolitikBarisan Nasional 4 ADUN UMNO, 1 dari PPBM dilantik Exco Perak

4 ADUN UMNO, 1 dari PPBM dilantik Exco Perak

by Air Times News Network

KUALA KANGSAR, 10 Dis – Seramai 5 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana Iskandariah.

4 ADUN dari UMNO yang dilantik semula ialah ADUN Lintang, Datuk Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Sharul Zaman Yahya; ADUN Kampung Gajah, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Manakala ADUN Sungai Manik yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Zainol Fadzi Paharudin antara muka baru yang mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Nazrin berkenan melantik kesemua mereka sebagai Exco dengan berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu, ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohammad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Nazrin. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!