PERAK, 9 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan satu Projek Jiwa Murni (PJM) Peringkat Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (Mk 4 Div) di asrama Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, semalam.
Projek ini melibatkan seorang pegawai dan 16 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Skuardron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD), Kem Sangro, Taiping.
Aktiviti ini telah bermula pada 23 November lalu sehingga 7 Disember 2020.
“PJM ini merupakan projek mengecat semula 2 blok bangunan asrama sekolah yang melibatkan kos sebanyak RM 18,000 di bawah peruntukan alumni sekolah tersebut,
“Program ini merupakan satu usaha untuk mendekati dan mengeratkan hubungan silatulrahim warga tentera dengan orang awam serta mempamerkan komitmen tinggi TDM di samping berupaya meningkatkan kredibiliti organisasi ini,
“Pegawai Staf Satu Risik MK 4 Div, Leftenan Kolonel Siew Ha Cheam turut hadir bagi menyempurnakan majlis dengan menyampaikan poster kepada Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Tuan Syed Nasir Sayed Mahadi,” kata Mk 4 Div.
Turut hadir, Pegawai Pemerintah 2 Skn RAJD, Mej Muhammad Hasrul Yusof dan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar King Edward VII, Datouk Abdul Razak Musa. – airtimes.my