Home SemasaGlobal Britain guna pesawat tentera elak kelewatan penghantaran vaksin akibat Brexit

Britain guna pesawat tentera elak kelewatan penghantaran vaksin akibat Brexit

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Kerajaan Britain merancang untuk menggunakan pesawat tentera udaranya bagi membawa jutaan vaksin COVID-19 yang dikilangkan di Belgium.

Rancangan tersebut dibentuk bagi menggelakkan sebarang kelewatan di kawasan pelabuhan akibat Brexit.

Menurut laporan The Guardian, langkah tersebut telah dirancang secara bersama oleh Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Pertahanan.

“Kargo vaksin dalam kuantiti besar akan dibawa masuk melalui jalan udara sekiranya rundingan Brexit gagal memberikan keputusan mengenai perjalanan darat dan laut antara Britain dengan Kesatuan Eropah (EU),

“Kegagalan ini akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk kelewatan penghantaran vaksin ke Britain melalui dua laluan tersebut,” kata laporan itu.

Menurutnya, rancangan tersebut akan dilaksanakan oleh Britain mulai 1 Januari.

Sementara itu, rundingan Brexit antara Britain dan EU yang bermula pada hari Sabtu menemui jalan buntu dan sebarang kata putus muktamad diberikan.

Dalam kenyataan bersama Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dengan Presiden EU, Ursula von der Leyen, kedua-dua pihak menjelaskan terdapat beberapa isu yang masih perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak.

“Antara isu tertangguh adalah: kesaksamaan dalam perdagangan, pentadbiran, dan perikanan,

“Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa sebarang perjanjian atau rundingan tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak diselesaikan,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin dijangka akan mengadakan perbincangan semula pada Isnin ini selepas pertemuan semula pasukan rundingan Britain-EU di Brussel hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!