Home SemasaGlobal 2 individu ditahan curi data komponen pesawat syarikat pertahanan

2 individu ditahan curi data komponen pesawat syarikat pertahanan

by M.Daim

ROME, 6 Dis – Polis Itali telah menahan 2 individu yang dipercayai suspek terlibat dalam kes kecurian sebanyak 10GB data dari komputer sebuah syarikat pertahanan negara itu.

Syarikat Leonardo dalam satu kenyataan berkata, kes tersebut melibatkan seorang pekerja bukan eksekutif dengan seorang individu yang pernah berkerjasama dengan syarikat tersebut.

“Data strategik dan sulit adalah selamat kerana ianya diproses di tempat berasingan serta bebas dari sebarang jaringan dengan kawasan terjejas,” kata kenyataan itu.

Penahanan kedua-dua individu terbabit sekaligus memberi petunjuk baharu dalam siasatan kes kecurian data yang berlaku pada Mei 2015 hingga Januari 2017.

Pihak keselamatan siber Leonardo telah mengesan peningkatan aliran trafik maklumat luar biasa di beberapa komputer syarikat tersebut.

Menurut laporan media Itali, aliran keluar maklumat tersebut berakhir di sebuah laman web dan dilakukan dengan menggunakan kod hasad Trojan.

“Kod hasad tersebut telah direka khusus dan telah gagal dikesan oleh perisian anti virus yang digunakan oleh syarikat,

“Sebanyak 10GB data telah dicuri melibatkan fail pentadbiran, perolehan, pengedaran, rekaan komponen pesawat awam,” lapor La Reppublica. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!