Semalam, Fitch Ratings telah menurunkan penarafan kredit Malaysia dari A- kepada BBB+. Pada masa yang sama, mereka menjelaskan bahawa ianya adalah impak negatif yang dirasai oleh ekonomi yang berpunca dari wabak COVID-19 dan ketidaktentuan politik semasa tanah air.
Bajet 2021 yang dibentangkan pada beberapa minggu lalu adalah lemah dan terlalu konservatif untuk menangani kesan-kesan sebegini.
Namun, Fitch percaya bahawa sasaran defisit belanjawan (6% tahun 2020, 5.4% untuk 2021) adalah realistik. Akan tetapi, mereka tetap menurunkan penarafan Malaysia.
Oleh itu, kita sebenarnya berada dalam situasi yang begitu membimbangkan. Belanjawan yang diumumkan adalah terlalu lemah untuk menjamin pemulihan ekonomi. Selain itu, kos pinjaman yang telah diturunkan tetap akan meningkat. Ini secara tidak langsung menghadkan keupayaan kita untuk melabur dalam sektor ekonomi dalam mencapai kemakmuran bersama rakyat Malaysia.
Adalah jelas kitaran belanjawan ini memerlukan pendekatan yang luar biasa dan bukan konvensional bagi memampan kos yang ditanggung akibat pandemik. Belanjawan seharusnya memberi fokus kepada apa yang betul kepada ekonomi kita, bukannya untuk mematuhi syarat dan kriteria yang digariskan oleh agensi penarafan.
Kita telah terlepas peluang itu dan rakyat Malaysia kini berisiko untuk menghadapi kesannya. – airtimes.my
*Penulis merupakan Ahli Dewan Negara, bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengarah Strategik DAP.
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab mana-mana pemilik akaun sendiri. Terima kasih.